Bertepatan dengan penubuhan dan pendaftaran YPMM ini di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010, maka Yayasan ini telah melantik Penasihat Syariah yang akan berperanan dan diberi otoriti sebagai Nazir atau Mutawalli (Trustee) kepada YPMM agar perjalanan Yayasan ini serta aktivitinya bertepatan dengan kehendak Syariah ( Patuh Syariah).
Justeru, Yayasan ini telahpun memenuhi kehendak dan syarat penubuhannya sebagai sebuah Yayasan yang berdaftar sebagai LABUAN ISLAMIC FOUNDATION yang mana seorang Penasihat Syariah yang berpengalaman dalam hal ehwal pengurusan Islam dan juga pembangunan dakwah Islamiah telah dilantik.
Satu Panel Syariah kepada Yayasan ini telah ditubuhkan yang mana ianya diketuai oleh Penasihat Syariah Yayasan iaitu Kapt (B) Ust. Shamsuddin Bin Hj Moner, Pengarah Kanan Majlis Dakwah Negara yang juga merupakan Pengasas/Timbalan Pengerusi kepada Yayasan Kepimpinan Ilmuwan Negara (YAKIN).
Panel Syariah ini berperanan sebagai penasihat dan Audit Dalaman Patuh Syariah agar perjalanan Yayasan ini terutamanya pengurusan dana infaq dan sedekah jariah dibelanjakan mengikut objektif penubuhannnya.

