Yayasan Pembangunan Masjid Malaysia (YPMM) didaftarkan dengan matlamat dan objektif-objektif berikut:
1. Mengumpul dana dan kewangan daripada pelbagai pihak dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan pembangunan masjid di seluruh negara.
2. Mendapatkan sumbangan dan dana bagi membantu masjid-masjid yang memerlukan untuk membiayai pembangunan infrastruktur dan prasarana masjid.
3. Memberi bantuan kewangan kepada programprogram pembangunan masyarakat yang berkaitan dengan aktiviti pengimarahan masjid.
4. Membiayai program-program Pembangunan Penyelidikan yang berkaitan dengan hal ehwal masjid.
Untuk mencapai matlamat dan objektif tersebut maka Yayasan Pembangunan Masjid Malaysia akan mengurus, menyelia dan mentadbir gerak kerja bagi menggalakkan orang ramai dan pihak korporat untuk memberikan sumbangan sedekah jariah kepada Tabung Pembangunan Masjid untuk membantu pembangunan masjid-masjid di Malaysia.

