Yayasan Pembangunan Masjid Malaysia (YPMM) telah didaftarkan dengan nama Malaysian Mosque Development (L) Foundation dengan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan pada 21 April 2018 di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010.
Penubuhan Yayasan ini adalah hasil idea dan cadangan yang telah dikemukakan oleh Prof. Emeritus Dato’ Dr Mahmood Zuhdi Hj Abd Majid, Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN) dalam Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Induk MDN yang telah diadakan pada 6 hb Disember 2016.
Menerusi idea dan cadangan penubuhan Yayasan masjid ini maka Jawatankuasa Induk MDN telah memberikan mandat kepada Datuk Ibrahim Thambychik iaitu Timbalan Pengerusi Dewan Masjid MDN untuk memulakan inisiatif gerak kerja ke arah menubuhkan sebuah Yayasan masjid yang bernaung di bawah MDN yang dinamakan Yayasan Pembangunan Masjid Malaysia.
Alhamdulillah, dengan kerjasama Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar, Kuala Lumpur maka Yayasan ini telah memulakan pertemuan-pertemuan dan juga mesyuarat di sini hingga ianya telah diluluskan pendaftarannya oleh Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan pada 21 April 2018

