Yayasan Pembangunan Masjid Malaysia (YPMM) akan memberi tumpuan utama kepada aktiviti/program yang menyokong ke arah tercapainya objektif penubuhan dan mandat asal oleh Pengasasnya, iaitu:
1. Menubuhkan Tabung Khas/Amanah untuk membiayai aktiviti dan juga projek-projek pembangunan masjid di seluruh negara menerusi kutipan sedekah jariah secara konvensional dan juga menerusi online bank in. YPMM akan menubuhkan sebuah pasukan pengurusan dan operasi bagi memungut sumbangan sedekah jariah ini secara berterusan dengan efisen dan intensif.
TABUNG KHAS/AMANAH PEMBANGUNAN MASJID
– Membantu masjid-masjid yang memerlukan bagi membiayai sebahagian kos pembinaan pembangunan infrastruktur masjid – membina masjid baru ataupun menaik taraf masjid-masjid yang sedia ada.
– Memberi sumbangan kewangan kepada masjidmasjid yang memerlukan bagi menaik taraf alat siar raya (PA Sistem) dan juga peralatan-peralatan tertentu seperti Projektor/LCD.
2. Membina Rangkaian Strategik YPMM dengan masjid-masjid terpilih di seluruh negara dan juga dalam kalangan masjid-masjid utama di wilayah serantau Asia Tenggara untuk memperkukuhkan jaringan kerjasama bagi mempergiatkan usaha silaturrahim ke arah memperkasa peranan masjid dalam melestarikan pembangunan ummah.
SAHABAT MASJID NUSANTARA
– Menubuhkan Sekretariat Sahabat Masjid Nusantara yang berperanan untuk mengukuhkan jaringan dakwah dalam kalangan Komuniti ASEAN.
– Menganjurkan aktiviti-aktiviti pembangunan pengimarahan masjid secara kerjasama pintar dalam kalangan Sahabat masjid Nusantara.
3. Menganjurkan program-program seminar, persidangan-persidangan meja bulat dan juga kursus-kursus yang berkaitan dengan kecemerlangan pengurusan masjid bagi membantu pentadbir-pentadbir masjid yang kurang berpengalaman untuk mendapatkan kemahiran serta pengalaman baru dalam kecekapan pengurusan masjid.
SEMINAR & PERSIDANGAN
– Melatih para pentadbir masjid secara professional dalam pengurusan pengimarahan masjid dengan berkongsi pengalaman dengan masjid-masjid terpilih yang telah membuktikan kecemerlangan pengurusannya dalam pembangunan pengimarahan masjid yang lestari dan inovatif.

