PENGASAS / PENGERUSI YPMM

YPMM telah diasaskan penubuhannya oleh Dewan Masjid-Majlis Dakwah Negara dengan kerjasama Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar-Kuala Lumpur. YBhg Datuk Hj Ibrahim bin Thambychik adalah merupakan Pengasas (Founder) kepada Yayasan ini.

YBhg Datuk Hj Ibrahim Bin Thambychik merupakan Timbalan Pengerusi Dewan Masjid-Majlis Dakwah Negara, juga merangkap Pengerusi Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq (MSABA), Bangsar Kuala Lumpur dan juga Pengerusi Masjid Jamek Abdullah Hukum Eco City, Bangsar KL (2016 hingga kini).

Beliau aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan juga keagamaan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan dilantik sebagai Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agung sejak tahun 2015 hingga kini ( Disambung hingga tahun 2021) dan juga dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Audit MAIWP.

Pengasas dan Pengerusi YPMM ini juga pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Masjid Ar-Rahman Universiti Malaya (2012-2014) dan sekarang masih bergerak aktif dalam kerja-kerja dakwah sebagai Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Muallaf Wilayah Persekutuan.